|
salam and selamat t/hari !!
setelah
kembali dari bangkok selama 3 hari trip.. menjejak kaki di klia, saya
mendengar a bad story mengenai politik tanah air.. DSAI dituduh meliwat
Saiful Bukhari Azlan, bekas pelajar / MPP uniten.. sepanjang perjalanan
ke rumah, kami berbincang mengenai khabar angin tersebut. Anwar akan
ditangkap, maka Anwar telah menyorok di suatu tempat mengelak dari
ditangkap pihak berkuasa, penyokongnya berkumpul di quality hotel,
pihak polis meronda disekitar kawasan tersebut.. seolah peristiwa 1998
akan berulang kembali..
sampai sahaja didepan komputer, web
malaysiakini disurf untuk pengesahan.. loi.. anwar menyorok didalam
duta turki.. owh.. so khabar angin tersebut ternyata tidak benar..
tiada apa berlaku di Quality Hotel...
saya
berusaha mencari, siapa pula si saiful bukhari ini pula, laman forum
carigold (my main forum) disurf dan details info berkenaan dirinya
diperoleh di sana, klik sini untuk mambacanya (click here)
, ternyata siSaiful bukanlah seorang yang amanah dan boleh dipercayai..
ramai kawan-kawannya di uniten mengenalinya sebagai seorang yang gila
kuasa dan tidak bertanggungjawab. lebih detail di
ainisazren.wordpress.com (saya tidak dapt surf blog ini lagi kerana ia
telah dihalang)..
begitu banyak sandiwara politik tanah air yang
begitu dramatik sekarang.. ini tidak banyak membantu keyakinan pelabur
untuk terus yakin dengan pasaran tempatan, jika pelabur adalah mereka
yang profesional, keyakinan mereka tidak tergugat kerana pasaran
sentiasa ada naik turunnya, ia tidak akan terus merosot, mereka akan
lebih aktif membeli sekarang pada harga yang lebih murah berbanding
dengan pelabur yang mudah cemas dengan pasaran, menjual pada masa
sekarang adalah suatu kesalahan dalam 5 rules priciples to profit in
unit trust, "beli semasa harga murah, dan jual semasa harga mahal".
Pasaran pastinya akan berubah dalam tempoh 3-6 bulan akan datang.
Jika anda membaca utusan malaysia (2 Julai 08) (click here)
hari ini, zeti akhtar aziz telah mengistiharkan kenaikan inflasi pada
jun 2008 sebanyak 7%, suatu kenaikan yang agak tinggi.. dahla harga
barang mahal, kenaikannya pula semakin cepat..bayangkanlah jika
menyimpan di asb pun cuma dapat 8% setahun tolak 7% inflasi, nampaknya
pelabur hanya mendapat 1% sahaja tahun ini kot... adakah asb dapat
memberikan pulangan yang lebih tinggi untuk tahun 2008, jom kita
lihat!! kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak, dan menaikkan
harga minyak, perbelanjaan petronas turut dikawal.. projek2 mega
dihentikan sementara (off course untuk beberapa tahun), tariff elektrik
pun dinaikkan.. tetapi tax, duti import tidak diturunkan.. bermaksud..
untung atau rugi..?? margin keuntungan petronas cumalah 23% sahaja,
kerana 77% diserahkan kepada kerajaan.
Mujurlah di unit amanah,
pasaran global positif berkembang seperti Apple ,Microsoft dan exxon
mobil, semua ini adalah antara tempat yang dilaburkan didalam Islamic
Global Equity Fund. Seperti ending cerita Master Zen, "The Choice in
Your Hand". Jika pilihan ditangan anda, tempat manakah yang patut anda
menyimpan sekarang, Global atau Local!!
|
links to some link:http://www.casinofocus.net/it.html and . link:http://www.fxcaliber.coml
welcome to the cheap link:http://www.gogoer.com,wow power leveling service site, link:http://ww...
SSyukran Allah bcoz diketemukan this website very knowlegble especially for
new investor ,...
erlo.. bleh klick register now, kat atas forum, atau klik forum.. dulu n click
register link...
camno na register lam forum nie ek?? page dia cam x kuar jek?? anyone ley help
x??