| Dividen 12% for dana tempatan |
|
Saya menulis email ini untuk memaklumkan kepada anda bahawa dana Pincipal Balance Fund (Sebelum ini dikenali sebagai Savings Fund) akan mengagihkan dividen 7 sen seunit bersamaan 12.2% dividen untuk tahun ini pada 17 Julai 2008. Saya tertarik dengan agihan setinggi 12% untuk penggal pertama tahun 2008 ini walaupun secara umumnya mengetahui bahawa pasaran tempatan mengalami sedikit penurunan kesan dari keputusan pilihanraya 2008 beserta kenaikan harga barang mentah dan minyak sejak awal tahun lagi. Saya berminat untuk menceritakan kepada anda bagaimana anda boleh mendapatkan dividen 12% ini dan pada masa yang sama anda boleh melabur didalam dana yang lebih memberi keuntungan pada masa sekarang.
Graf 1 : "Performance" Principal Balanced Fund, 6 Months source : http://www.invest.com.my
Jika dilihat kepada Graf 1 (click image to enlarge) diatas menunjukkan "performance" bagi dana Principal Balanced Fund (warna oren) sejak Januari, ia mengalami penurunan secara perlahan dari awal tahun lagi. Bagaimanapun performance dana ini lebih baik berbanding daripada Indeks KLCI (warna biru). Keuntungan untuk melabur didalam dana ini pada masa sekarang adalah untuk mendapatkan dividennya sebanyak 12% pada 17 Julai 2008. Disamping itu, kepada pelabur untuk jangka masa panjang, mereka dapat membeli pada harga yang lebih murah. Oleh kerana pasaran tempatan tidak memberikan kelebihan kepada pelabur, kita harus melihat kepada dana-dana pasaran global seperti Islamic Global Equity Fund atau Principal MENA Equity Fund .Kedua-dua dana ini memberi kelebihan kepada pelabur kerana ia melabur didalam industri minyak yang mengaut keuntungan besar kesan dari kenaikan bahan api diseluruh pasaran dunia. Cadangan saya untuk pelabur mendapatkan dividen 12% ini adalah melabur didalam dana Principal Balanced Fund kemudiannya menukar kepada dana Islamic Global Equity Fund/ Principal MENA Equity Fund secara percuma.
Bagaimanakah perfomance Islamic Equity Fund untuk tahun 2008?, saya sertakan graf berikut untuk maklumat anda. (click image to enlarge ) Islamic Global Equity adalah dana yang memberikan pulangan sebanyak 15% setahun untuk pelabur, ia melabur didalam syarikat-syarikat yang kukuh seperti Exxon Mobile, Microsoft dan Apple dimana pelaburan adalah lebih selamat dan stabil berbanding dana-dana yang lain. Sila rujuk Fund Fact Sheet untuk dana ini di ( click here ) Berikut adalah ringkasan cadangan saya untuk pelabur mendapatkan keuntungan pada pasaran semasa? TIME is MONEY, SPEED is PROFIT. Langkah sekarang adalah anda hendaklah mula membuka mata kepada instrumen Unit Amanah yang lebih kompetitif dan selamat untuk tempoh masa akan datang. Untuk mendapatkan maklumat yang lain anda boleh mengisi form disini ( click here ). Pada tahun ini, kenaikan inflasi adalah pasti, pelabur mesti memikirkan instrumen yang boleh memberikan keuntungan yang lebih tinggi untuk duit simpanan mereka. Menyimpan didalam instrumen biasa seperti Tabung A dengan pulangan 4% setahun dan juga Amanah Saham B dengan pulangan 7-8% setahun tidak banyak membantu. Malah memilih langkah selamat menyimpan didalam Akaun Simpanan Bank bukanlah satu idea yang baik. Harga barang akan terus naik dan juga kos-kos pendidikan, prasarana akan turut naik saban hari. Kesan kenaikan harga ini pastinya amat dirasai sejumlah besar Rakyat Malaysia. Jika sekarang RM10,000.00 cukup untuk menghantar anak ke universiti, beberapa tahun akan datang pasti kosnya lebih tinggi. Malah dengan pemberian pinjaman PTPTN dikurangkan, ibu bapa akan datang terpaksa mencari wang dari sumber lain untuk menghantar anak ke menara gading. That's why, kenapa tidak menyimpan dari sekarang? Selain itu, pelabur tidak boleh hanya mengharapkan keuntungan didalam pasaran tempatan sahaja, tentunya pulangan Tabung A dan Amanah Saham B akan turut terjejas seperti kesan keatas dana-dana pasaran tempatan di syarikat unit amanah yang lain. Secara jelasnya, perubahan minda daripada A kepada Z amat diperlukan, keselesaan didalam pasaran tempatan bukan lagi pilihan yang ada ditangan pelabur. Pelabur harus membuka mata kepada pasaran dunia yang lebih kukuh. Now we must work for SURVIVOR! not more for COMFORTable. Kesan pilihanraya 2008 keatas politik tanah air juga tidak memberi signal yang baik untuk tahun ini. Kemungkinan pertukaran kerajaan, kenaikan harga bahan api dalam berapa bulan lagi serta dasar kepimpinan pemimpin yang tidak memberikan keyakinan kepada pelabur luar akan menjejaskan projek-projek MEGA didalam negara. TIME is MONEY, SPEED is PROFIT. Langkah sekarang adalah anda hendaklah mula membuka mata kepada instrumen Unit Amanah yang lebih kompetitif dan selamat untuk tempoh masa akan datang. Untuk mendapatkan maklumat yang lain anda boleh mengisi form disini ( click here ). Saya teringat kepada kepada penyataan Professor Izi Haji Ali didalam Radio Hot FM, "Jika dua orang, masing-masing mempunyai satu biji epal, jika mereka menukarkannya, masing-masing masih mempunyai satu biji. Tetapi jika Dua orang menukarkan idea mereka, masing-masing akan mendapat dua idea. Maka jika kita berkawan dengan lebih ramai orang kita akan mendapat lebih banyak idea.Renung-renungkan dan.. Selamat Beramal!! :-)
Powered by !JoomlaComment 3.25
3.25 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
|||||||




links to some link:http://www.casinofocus.net/it.html and . link:http://www.fxcaliber.coml
welcome to the cheap link:http://www.gogoer.com,wow power leveling service site, link:http://ww...
SSyukran Allah bcoz diketemukan this website very knowlegble especially for
new investor ,...
erlo.. bleh klick register now, kat atas forum, atau klik forum.. dulu n click
register link...
camno na register lam forum nie ek?? page dia cam x kuar jek?? anyone ley help
x??